Adoii..lamenye tak update blog ni..sampai bersarang dah..haha..
Orait..kali ni nak citer pasal pengalaman baru ku iaitu menyambut hari guru peringkat sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara Rini..teringat waktu sekolah dulu-dulu ku yang sambut hari guru-guruku...tapi sekarang ku pulak yang disambut oleh anak-anak muridku..satu perasaan yang sangat2 best!..
'16 Mei' dah direserved sebagai Hari Guru sedunia..tapi memandangkan tarikh tu pada tahun ni jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan hari cuti bagi negeri Johor, so sekolah ku sambut pada 18 Mei..tak ada tema pakaian cume ada tema warna pakaian sahaja iaitu warna Purple/Magenta..which is my febret color!!..
Meh ku nak tunjuk sikit perjalanan program sambutan hari guru ni...
Awal-awal pagi lagi semua guru-guru diberi sarapan mee hoon, roti jala, buah-buahan, kuih muih, teh panas dan sebagainya..situasi berlaku di kantin sekolah..so, usai sarapan pagi kami semua diminta berkumpul bersama-sama..mase tu ku ngan rakan-rakan lain makan dalam bilek kantin guru..amik ko, bajet VVIP gile kitorang..pengetua pun makan kat luar (kantin pelajar) je au..haha..so, bile keluar je dari bilek kantin guru, ku nampak pengawas mawas dah siap2 beratur kat susur jalan..wah!..tertunggu2 jugak gimik pe yg nak dibuat nih..
Program dimulai dengan paluan kompang n semua guru2 berarak dari kantin menuju ke Dataran Mutiara sekolah..wah!..rase macam perantin la pulek..huhu..
Sampai je kat Dataran Mutiara, pelajar-pelajar biasa pulak yang beratur dengan belon2 diiringi dengan sorakan dari pelajar lain..havoc sangat2!..haha..
And then, bile dah duduk n dengar ucapan-ucapan dari Pengetua n jemputan, sesi penyerahan giant teachers' day card dengan 400 tandatangan, ade pulak sesi memberi hadiah dari pihak pengawas sekolah...dapat towel comel..best!
Lepas tu, ade acara sukaneka untuk guru-guru beb..ku kumpulan ke-4..ade game anyam ketupat, gubah sireh junjung, gubah bunga dari bahan terbuang and nujum pak belalang..ku in charge untuk gubah bunga dari bahan terbuang..mang happening giler!!!..
Lepas tu...ai, bape banyak lepas tu daaa...hehe..program seterusnya berlangsung di Dewan Mutiara..ader macam2 persembahan..dari pelajar, persembahan dari guru pun ader jugak tau..haha..mang best sangat2..pelakar SMKTKR ni ramai yang berbakat sebenarnya..yang paling best, ader gimik dari pelajar Form 5 buat semua guru-guru SMKTMR tau..
Haa...now dah sampai ke acara kemuncak..iaitu acara penyampaian hadiah..ade 4 kategori hadiah Guru Paling Sporting, Guru Paling Kreatif, Guru Paling Bergaya n Guru Kesayangan..tahniah kepada semua pemenang..:-)
1. Guru Paling Sporting (Pn. Esah - Guru Sesi Pagi)
2. Guru Paling Bergaya (Pn. Farra - Guru Sesi Pagi)
3. Guru Paling Kreatif (Pn. Isma - Guru Sesi Pagi)
4. Guru Kesayangan (Pn. Haslinda - Guru Sesi Pagi)
Orait..sampai sini je coretanku..mang best sangat2 dapat rasa pengalaman menyambut hari guru ni..terasa dihargai..hihi..n sebelum tu nak tunjuk cikit la welfie ku cikgu-cikgu n anak-anak muridku..enjoy!
Memperkenalkan...
1. Pn. Zara
2. Pn. Shuhada
3. Cik Neesaq
4. Anak-anak murid (Shaliza, Muhammad, Nazirul, Adibah, Aziera)
Assalamualaikum.. :-)
No comments:
Post a Comment